9.30.2012

Criminal Procedure I -Rights of the Arrested Person

General

1. No person shall be deprived of his personal liberty save accordance with the law (Art. 5 Federal Constitution)

2. An unlawfully arrested person can seek the writ of of habeas corpus ad subjiciendum to secure his immediate release from unlawful or unjustifiable detention.

3. Be that as it may, habeas corpus is inapplicable in situations where the detention is in itself lawful. Case in point: Morgan a/l Perumal v Ketua Inspektor Hussein bin Abdul Majid & Ors.

4. Under ss 438 or 175 of the Criminal Procedure Code a person's liberty is given monetary cognizance.


9.11.2012

Dah bersawang, should be cleaned up to include something else. Nota belajar, mungkin.

6.14.2012

Tip: Jangan beri bayangan kehidupan peribadi anda dalam tempoh sebulan bekerja

Banyak perkara yang tidak masuk akal pada aku sekarang, kemelayuan TV3/Astro Ria/Prima/Oasis yang dipraktikkan oleh rakan-rakan sepejabat akan lambat laun merangkak ke atas belakangku dan menunggangiku sehingga aku jadi gila. Atau sekurang-kurangnya bertukar menjadi zombie.

Usaha untuk 'stay sane' di tempat kerja diimbangi dengan bacaan-bacaan lazim aku di Gombak. Dan buku yang sedang aku baca sekarang adalah Kokoro oleh Soseki Natsume. Mungkin aku akan tulis ulasan, mungkin tidak. In any case, google sendiri. Dibaca waktu menunggu bas, menunggu elarti atau giliran bungkusan nasi lemak sambal sotong untuk siap. Buku pada tangan adalah seperti inhaler aku, seperti kryptonite atau kopi. Salah satu daripada perkara-perkara kecil yang mengingatkan aku tentang diri aku dan segala apa  yang membentuk aku sebagai seorang manusia.

Jadi setelah melintas deruan kereta-kereta Kuala Lumpur yang tidak mengenal belas kasihan ataupun urgency pejalan-pejalan kaki yang sama seperti mereka untuk ke tempat kerja, aku sampai juga di hadapan tangga untuk naik ke atas tempat kerja aku sendiri.

'Kerja' kerana aku benar-benar disuruh buat macam-macam! Not that I'm complaining.


Sebelum melangkah naik, aku mengingatkan kekecohan rakan sekerja dan komen-komen lalu mereka tentang cara aku berpakaian atau cara aku makan di tempat kerja (jangan pernah makan atas meja kerja. Bawa makanan anda di pantry dan makan). Lalu, pelan-pelan aku simpan buku yang dibimbit ke dalam beg.

Kerana tiada siapa mahu disoal siasat tentang betapa rajinnya dia membaca sastera 100 tahun Jepun dalam perjalanan ke tempat kerja.

2,3,4

Apa yang lebih merunsingkan aku sejak kebelakangan ini adalah masalah kewangan, lebih tepat duit untuk dibuat makan dan bas/elarti.

Ah, beruntunglah siapapun yang bekerja (praktikal?) dekat dengan rumah.

Mungkin aku ekstrimis apabila mempercayai bahawa apabila hal praktikal ini dijalani untuk menumbuhkan sikap andal diri, seharusnya si penuntut harus belajar untuk berdikari dengan pertolongan yang paling sedikit secara totalitas.

Maknanya, belajar sendiri untuk ke tempat kerja, cari makan, cari tempat menginap dan teman untuk makan tengah hari. Barangkali aku menjadi idealis yang terlampau dan tak tentu pasal.

Apakah aku disakat dan dipersenda oleh rakan sekerja yang lebih senior dariku hanya sebagai latihan 'dunia sebenar' atau mereka benar-benar sekumpulan wanita melayu lewat 30-an yang gemuk dan banyak merungut? 


Persetankan.Akan ada yang lebih baik dari ini.


p/s: Must negotiate schedules for observations to court. Kata buat litigation, tapi cium bau parkir mahkamah rendah pun belum.

6.11.2012

#1

Barangkali ada perbezaannya antara bangun awal untuk bersiap ke kuliyyah dan bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Ada semacam kelelahan yang aku kandar (walaupun hari pertama), yang tak hilang apabila aku duduk di bawah pancuran air, berkelubung denganku waktu aku tidur.


Waktu aku berjalan ke tempat kerja pagi tadi, aku sedar sendiri bahawa ini bukannya asing, berada dalam kalangan rakan-rakan sekerja wanita yang histeria dan kecoh, hingar radio yang memutarkan lagu kapak dan carta rock/pop Melayu terkini, dengan ketiadaan sosok maskulin dalam pejabat untuk mengimbangi segala feminisme. Beza celah mana?

Fikirlah, mustahil akan ada putaran lagu Bebel Gilberto, Sinatra atau sekurang-kurangnya Sade. Takkan ada perbincangan kubikel tentang nak namakan anak mengikut nama penulis yang diagungkan. Tak perlu fasistik dan jumud (dalam niche yang berbeza).


Mungkin kali ini berbeza kerana ada keseriusan yang aku letakkan dalam pekerjaan aku kali ini. Maybe this is it, at least an epilogue or a prelude to it atau apa setan pun.

Berbeza juga kerana aku mengharapkan firma yang membawa kes-kes jenayah ketimbang litigasi perbankan. But this is far from making do of things, this is being receptive and open. And absorbent. 


Tapi, lagu Spider dalam radio ni sedap juga.

6.10.2012

Priestly.

Pagi ini, besar kemungkinan Alan Shore akan pakai sut flamingo untuk hari pertama bekerja di firma baru. Tapi aku bukan Alan Shore (bukan semuanya fiksyen).


Just wear a  power suit already. And a pair of heels.

Macam Joey, tapi sombre.

1.  Laptop
2. 'The Art of Cross-Examination'
3. Buku nota
4. Pen
5. MP3 player (optional)
6. Sikap optimistik
7. Sandwic


p/s: Cas telefon. Kawasan tempat kerja banyak perogol, penculik dan pembacuh asid.