6.14.2012

Tip: Jangan beri bayangan kehidupan peribadi anda dalam tempoh sebulan bekerja

Banyak perkara yang tidak masuk akal pada aku sekarang, kemelayuan TV3/Astro Ria/Prima/Oasis yang dipraktikkan oleh rakan-rakan sepejabat akan lambat laun merangkak ke atas belakangku dan menunggangiku sehingga aku jadi gila. Atau sekurang-kurangnya bertukar menjadi zombie.

Usaha untuk 'stay sane' di tempat kerja diimbangi dengan bacaan-bacaan lazim aku di Gombak. Dan buku yang sedang aku baca sekarang adalah Kokoro oleh Soseki Natsume. Mungkin aku akan tulis ulasan, mungkin tidak. In any case, google sendiri. Dibaca waktu menunggu bas, menunggu elarti atau giliran bungkusan nasi lemak sambal sotong untuk siap. Buku pada tangan adalah seperti inhaler aku, seperti kryptonite atau kopi. Salah satu daripada perkara-perkara kecil yang mengingatkan aku tentang diri aku dan segala apa  yang membentuk aku sebagai seorang manusia.

Jadi setelah melintas deruan kereta-kereta Kuala Lumpur yang tidak mengenal belas kasihan ataupun urgency pejalan-pejalan kaki yang sama seperti mereka untuk ke tempat kerja, aku sampai juga di hadapan tangga untuk naik ke atas tempat kerja aku sendiri.

'Kerja' kerana aku benar-benar disuruh buat macam-macam! Not that I'm complaining.


Sebelum melangkah naik, aku mengingatkan kekecohan rakan sekerja dan komen-komen lalu mereka tentang cara aku berpakaian atau cara aku makan di tempat kerja (jangan pernah makan atas meja kerja. Bawa makanan anda di pantry dan makan). Lalu, pelan-pelan aku simpan buku yang dibimbit ke dalam beg.

Kerana tiada siapa mahu disoal siasat tentang betapa rajinnya dia membaca sastera 100 tahun Jepun dalam perjalanan ke tempat kerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan