6.11.2012

#1

Barangkali ada perbezaannya antara bangun awal untuk bersiap ke kuliyyah dan bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja. Ada semacam kelelahan yang aku kandar (walaupun hari pertama), yang tak hilang apabila aku duduk di bawah pancuran air, berkelubung denganku waktu aku tidur.


Waktu aku berjalan ke tempat kerja pagi tadi, aku sedar sendiri bahawa ini bukannya asing, berada dalam kalangan rakan-rakan sekerja wanita yang histeria dan kecoh, hingar radio yang memutarkan lagu kapak dan carta rock/pop Melayu terkini, dengan ketiadaan sosok maskulin dalam pejabat untuk mengimbangi segala feminisme. Beza celah mana?

Fikirlah, mustahil akan ada putaran lagu Bebel Gilberto, Sinatra atau sekurang-kurangnya Sade. Takkan ada perbincangan kubikel tentang nak namakan anak mengikut nama penulis yang diagungkan. Tak perlu fasistik dan jumud (dalam niche yang berbeza).


Mungkin kali ini berbeza kerana ada keseriusan yang aku letakkan dalam pekerjaan aku kali ini. Maybe this is it, at least an epilogue or a prelude to it atau apa setan pun.

Berbeza juga kerana aku mengharapkan firma yang membawa kes-kes jenayah ketimbang litigasi perbankan. But this is far from making do of things, this is being receptive and open. And absorbent. 


Tapi, lagu Spider dalam radio ni sedap juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan