Hari ini menjadi suatu peralihan daripada hari-hari ilmiah aku di Gombak, berserta segala pengajaran idealisnya kepada hari esok- permulaan kepada hari-hari pragmatis. Belum sempat aku bersedia untuk apa pun, esok aku akan terjun dalam persekitaran yang lain pula:
Persekitaran 9 pagi hingga 6 petang (atau mungkin lebih lewat dari itu), gosip pejabat, penulisan perundangan, cara-cara fotokopi yang kemas, jadi kuli angkat fail dan dilema pemakaian baju hitam-putih.
Oh, dan ini adalah ruangan baru, tempat aku melampiaskan segala apa yang aku lihat, dengar, rasa dan teguk sepanjang program perundangan praktikal ini. Kerana menulis di buku log saja tak cukup, kerana aku inginkan separa-kerahsiaan, kerana akan ada watak-watak yang harus aku tuliskan perawakannya.
Setiap hari. Well, at least for the next 2 and a half months.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan